Pendidikan Mohammad Kazim Elias

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Toh Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1. Disini lagi beliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Rujukan

WikiPedia: Mohammad Kazim Elias http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/rosyam-terbi... http://www.anajingga.com/2016/04/koleksi-buku-dato... http://www.facebook.com/ustazmohdkazim http://galeriilmu.com/v4/index.php?route=product/p... http://www.kedaibukubanggol.com/product/menuju-jan... http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx... http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx... http://www.bharian.com.my/node/32675 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pesta-buku-ka... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/uksb-lanc...